Rancangan perjalanan boleh berubah dan kami memahami keperluan anda terhadap kebolehubahan tempahan sewaan kereta anda. Berikut merupakan panduan yang terperinci tentang cara mengurus tempahan anda dengan berkesan:
Pengubahsuaian Percuma hingga 48 Jam Sebelum Pengambilan
Jika anda mempunyai lebih daripada 48 jam sebelum waktu pengambilan yang dijadualkan, anda boleh membuat beberapa perubahan terus pada bahagian Urus Tempahan. Anda cuma perlu:
- Log masuk ke akaun anda
- Navigasi kepada halaman Tempahan Saya
- Pilih pilihan yang berkaitan pada " Ubah suai tempahan" untuk mengemaskinikan jadual perjalanan anda.
Anda mempunyai pilihan yang berikut dengan pengubahsuaian percuma:
⏲️ Menukar Tarikh dan Lokasi Pengambilan serta Penghantaran
Anda boleh melaraskan tarikh dan lokasi pengambilan serta penghantaran sekiranya tarikh atau destinasi perjalanan anda telah berubah.
🚙️ Menukar Kereta/Kenderaan
Perlukan kenderaan lain? Sama ada anda memerlukan kereta yang lebih besar untuk memuatkan lebih ramai penumpang atau kereta yang lebih kecil untuk memandu di bandar atau anda mahu menukar jenis penghantaran, anda boleh menukar kenderaan yang dipilih dengan mudah. Semak imbas pilihan kami dan pilih kenderaan yang paling menepati keperluan baharu anda.
💺️Menambahkan Tambahan
Pertingkatkan pengalaman sewaan anda dengan menambahkan GPS tambahan, kerusi kanak-kanak atau pemandu tambahan. Anda juga boleh menambahkan tambahan ini semasa pengambilan. Harap maklum bahawa tambahan tertakluk pada ketersediaan.
✖️Mengalih Keluar Tambahan
Jika anda tidak memerlukan tambahan tertentu lagi, anda boleh mengalih keluar tambahan itu dengan pantas. Kebolehubahan ini membantu anda menyesuaikan tempahan anda dengan keperluan semasa anda tanpa sebarang masalah.
✈️ Menambahkan Nombor Penerbangan
Tindakan menambahkan atau mengemaskinikan nombor penerbangan anda akan memastikan bahawa pembekal anda mengetahui masa ketibaan anda. Hal ini sangat berguna sekiranya berlaku kelewatan penerbangan.
🔁️ Menukar Pemandu Utama
Rancangan boleh berubah dan anda mungkin perlu menggantikan pemandu utama yang lain untuk sewaan anda. Kemas kinikan maklumat pemandu pada halaman Tempahan Saya agar anda dapat memastikan proses penyerahan kenderaan berjalan lancar semasa pengambilan. Semasa menyenaraikan pemandu baharu, anda juga harus memastikan pemandu terkini mempunyai semua dokumen yang diperlukan di bawah nama mereka, seperti kad kredit, lesen memandu dan pasport/ID yang sah. Dokumen ini perlu dibawa secara fizikal semasa pengambilan.
Pengubahsuaian percuma Kurang Dari 48 Jam untuk Pengambilan
Biasanya, kebanyakan pembekal tidak menerima pengubahsuaian percuma kurang dari 48 jam sebelum waktu pengambilan yang dijadualkan kerana agak sukar untuk mengatur pengangkutan dan kakitangan mereka dengan notis yang singkat.
Walau bagaimanapun, kami menyediakan pilihan untuk pelanggan kami mengubah suai tempahan mereka pada halaman Tempahan Saya dalam bahagian Ubah suai tempahan hingga 1 jam sebelum waktu pengambilan yang dijadualkan. Harap maklum bahawa pilihan ini tersedia hanya untuk tempahan yang dibuat dengan Bayaran Terdahulu Secara Separa.
Berikut ialah perkara yang perlu dilakukan jika anda tidak dapat mengubah suai tempahan anda secara dalam talian dalam masa kurang dari 48 jam sebelum pengambilan:
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, mungkin lebih sukar untuk pembekal menampung perubahan pada saat-saat akhir, terutamanya jika anda merancang pengubahsuaian penting pada tempahan anda. Walau bagaimanapun, biasanya mereka lebih fleksibel dengan pelarasan kecil pada waktu pengambilan.
Contohnya, apabila penerbangan anda ditangguhkan dan anda sudah terlewat untuk mengambil kereta, anda disyorkan untuk sentiasa menyemak Waktu Perniagaanpada bahagian Syarat Sewaan Baucar anda untuk mengetahui tentang waktu operasi pembekal anda dan tempoh tangguh. Jika anda tiba lebih lewat daripada tempoh tangguh anda, terus hubungi syarikat sewaan. Maklumat hubungan mereka disediakan pada halaman pertama Baucaranda dan pada bahagian arahan pengambilan dalam halaman Tempahan Saya. Semasa menghubungi mereka, sediakan nombor penerbangan anda agar mereka boleh menjejaki waktu ketibaan anda dengan mudah.
Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin pengesahan permintaan pengubahsuaian percuma anda sepanjang masa (semak T&S perenggan 61-65) dan perubahan mungkin mempengaruhi jumlah kos kerana syarikat sewaan mungkin melaraskan penentuan harga berdasarkan tarikh semasa pada masa pengubahsuaian percuma dibuat.